Selasa, 27 November 2012
Sebarkan Bahagia: Pasangan Curang, Boleh Dielak?
Sebarkan Bahagia: Pasangan Curang, Boleh Dielak?: Mudah-mudahan iman ada dalam jiwa kita semua agar kita bahagia... Bezakan Mana Islam, Mana Silap Tafsiran Seorang isteri men...
Jumaat, 23 November 2012
Allah beri REZEKI dari sampah, tapi tak tinggal SOLAT
From: Rozmal bin Malakan <rozmal@yahoo.com>
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Monday,
November 5, 2012 2:40 PM
Subject: [sim]
CATATAN : Allah beri rezeki dari sampah, tapi tak tinggal solat
Tempat kerja saya giat mengadakan program dan kempen kitar semula. Saya kata kepada rakan sekerja saya bahawa ada orang cari rezeki dengan mengutip sampah boleh dapat RM50 sehari. Rakan saya kata memang benar, bahkan boleh dapat lebih dari itu.
Rakan saya kata dia ada kenal satu keluarga adik beradik sejak sekian lama
yang mencari rezeki dengan mengutip bahan buangan di tepi-tepi jalan sekitar
Seremban. Mereka ni tidak berkahwin dan tinggal di pondok dalam kawasan kuil
(bukan masjid atau balairaya).
Yang abang akan bawa kereta sorong pusing keliling Seremban cari sampah,
yang abang akan pusing juga keliling Seremban bawa basikal buruk cari sampah.
Mereka ini tidak tahu mengira, menulis dan membaca. Apabila mereka jual bahan
kitar semula yang dari sampah ini ke pusat pengumpulan, taukeh akan beri mereka
duit. Disebabkan mereka tidak tahu mengira, mereka terima saja apa yang dapat.
Setiap hari mereka akan pergi ke bank untuk memasukkan duit ke dalam akaun.
Disebabkan mereka tidak tahu mengira, menulis dan membaca, kerani bank akan
tolong isikan borang dan sebagainya. Setiap hari mereka hanya masukkan duit
tapi tidak mengeluarkan duit.
Mereka hidup ala kadar, makan ala kadar, tidak pernah meminta bantuan
mana-mana pihak, tidak pernah mengadu, kerana mereka reda dengan kehidupan
mereka. Mereka juga tidak pernah meninggalkan solat. Kalau ke mana-mana mereka
dalam perjalanan kutip sampah, mereka akan solat tepi jalan.
Yang abang pula hari-hari akan berjalan kaki ke sebuah taman perumahan yang
berhampiran (yang agak jauh juga) untuk solat apabila selesai bekerja.
Memang kagum. Tidak ada ijazah, tidak tahu membaca, menulis, mengira tapi
Allah berikan mereka rezeki yang halal. Tidak risau langsung pasal hutang. Yang
penting mereka tidak tinggal solat walaupun tinggal di kawasan kuil.
Sungguh hebat apa yang diceritakan oleh rakan saya tadi. InsyaAllah saya
akan cuba mencari keluarga ini untuk mengambil pengajaran dan iktibar.
Kawan saya kata, mereka ini boleh dikatakan dari golongan orang yang lurus
bendul (naif), serta orang yang mulut mereka masin apabila ditanya keadaan
mereka kepada seorang ulama.
*********************************************************
From: SuriJunita <surijunita72@yahoo.com>
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, November 6, 2012 10:50 AM
Subject: Re: [sim] CATATAN : Allah beri rezeki dari sampah, tapi tak tinggal solat
Subject: Re: [sim] CATATAN : Allah beri rezeki dari sampah, tapi tak tinggal solat
Jika
tak salah saya keluarga ni ada di Jalan Pantai sebelah kanan sebelum kilang
koko dari arah seremban, jika dari highway LEKAS selepas kilang koko. Memang
keluarga ni miskin dan rumah bantuan dari kerajaan satu ketika dulu pun pernah
ditipu oleh pihak tak bertanggungjawab. Memang kerja mereka mengutip sampah
setiap hari, tapi apabila waktu solat mereka akan berhenti dan mengerjakan
solat. Rumah mereka terletak bersebelahan kuil haram yang dibina di bawah
pencawang TNB, di sini jika ada kesempatan bolehlah teman2 dari SIM datang
menziarahi mereka, jangan tersinggung dengan bahasa mereka dan jangan
menyinggung perasaan mereka. Ini salah satu keluarga miskin yang kita boleh
salurkan terus bantuan yang sepatutnya, cuma hati-hati sikit kerana keluarga ni
ada orang yang tak bertanggungjawab yang pandai mengambil kesempatan diatas
kekurangan mereka ini. Seeloknya ziarahlah dahulu penilaian anda yang tentukan
kemudian.
Langgan:
Catatan (Atom)