Khamis, 31 Mac 2011

Berita Harian Online | Tumit Tinggi

Berita Harian Online | Tumit tinggi: Lelaki jagalah adab
xy@bharian.com.my 
26/03/2011

TEMAN-teman baik TT selalu berpesan kepada TT, andai satu hari nanti TT berkahwin, jangan biarkan suami berkawan dengan lelaki yang suka `simpan’ perempuan.

Biarlah baik macam mana pun suami kita, kata teman TT, siap bising-bising dengan kita yang dia tak suka (kononnya) tengok kawan-kawan dia yang dah ada isteri, simpan girlfriend, takut juga terjebak sebab `penyakit’ itu berjangkit!

Hendak pula, kalau setakat bising suami tu dengan kita je lah, tapi dengan kawan dia, diam je dan ada masanya, nampak macam bersubahat pula, merelakan saja aktiviti kawan-kawan dia.

Dua hari lalu, teman baik TT telefon TT, membebel...sakit telinga TT. Bukan sakit telinga saja, selepas mendengar ceritanya, ishhh...hati TT pun sakit!! TT pun naik geram, marah, bengang, menyampah.

Teman baik TT ni, simple orangnya. Menerima baik kawan suami menjadi tetamu di rumah tapi, baik pun ada hadnya, kata si L ni. Adalah seorang kawan suaminya, kata L, selalu menumpang tidur di rumah tiap kali ke ibu kota. Alasan, baru nak majukan perniagaan, maka, berjimat-jimatlah sedkit perbelanjaan. daripada membayar sewa bilik hotel yang mahal, L dan suaminya, tak kisahlah, tumpanglah, tidurlah di rumah.

Satu hari, dah tengah malam, si kawan ni tadi balik rumah, kejap je, katanya, nak ambil beg dan bertolak balik ke pangkuan keluarga, malam tu juga. Yang tak bestnya, bukan seorang ya, bawa perempuan. L dah kelat muka sebab perempuan tu bukan isteri si kawan tadi. Tapi, dalam kelat-kelat tu, dia layanlah je lah sebaik mungkin, tetamu dah berkunjung, katanya.

Borak punya borak, amboi, ini bukan kali pertama rupanya si perempuan berkunjung ke rumah. Bukan juga kali kedua tapi kali ketiga. Amboiii..kenapa baru sekarang dia tahu, bising L.

“I bukan marah kat perempuan tu TT. Hal dia berkawan dengan laki orang tu, TT tak nak campur. Tapi yang I lagi marah, si laki ni tadi, tak ada adab ke? Sudahlah menumpang rumah orang, siap bawa perempuan lagi. Tu masa I ada rumah, yang dua kali lagi tu?

“I kenal wife dia. Dia orang bukannya orang senang, isteri ni bagilah suami tu keluar rumah, beberapa hari, kononnya nak siapkan kerja kat KL. Rupa-rupanya, sampai KL, suami bukan saja buat kerja..kalau dia buat kerja betullah kan, ni siap buat kerja tambahan, keluar dengan perempuan lain.

“Isteri dia mesti tahu setiap kali ke KL dia tumpang rumah I. Kalau dia tahu suami dia buat perangai macam ni, tak ke sedikit-sebanyak dia salahkan I dan suami. Subahat katanya nanti. Nak menggatal, pada I, lantaklah kau, tapi tolonglah ya, not in my house!!” bebel L.

Tolonglah hormat tuan rumah, sambung L. Malam tu, tak pasal-pasal juga L bertengkar dengan suami. L suarakan rasa tidak puas hati dan alasan suami, dia tak nak campur hal kawan dia tu.

“Kalau tak nak campur pun, suami I ni kenalah tegas sikit. Itu rumah mak I, I ni laki bini pun menumpang rumah my mom, I tak suka benda `bodoh-bodoh’ macam ni!” kata L lagi.

Kalau TT jadi L, TT pun geram. Geram dengan si kawan tu tadi dan geram pada suami yang macam ni. Memanglah, lantaklah kawan awak tu nak buat apa pun kan, tapi kalau buat hal kat rumah awak, tak ke patut bersuara juga?

Ni dah dua kali bagi kawan tu bawa perempuan datang rumah, ketika isteri tak ada, silap-silap hari bulan, dia sendiri pula yang bawa perempuan, kan? Apa nak buat kalau macam tu? Apa lagi kata TT, halau je semua, OUT YOU GO!!!(xy@bharian.com.my).


Berita Harian Online | Tumit Tinggi: Bukan salah setiausaha

05/03/2011 

TT terima call daripada kawan TT baru-baru ni. Tolong carikan pekerja katanya, jawatan setiausaha selain beberapa jawatan lain, yang khusus untuk lelaki. Setiausaha je lah kerja yang ada untuk kaum TT kat syarikat dia, kata kawan TT ni.

Okaylah juga tu, boleh terima. Kalau bab kerja setiausaha ni, memang jarang sangatlah kan, lelaki yang jadi setiausaha. Nampak mudah tapi pada TT, kerjaya setiausaha ni tak kurang pentingnya. Kerja tak sikit, tanggungjawab tak kecil.

Setiausaha ni macam duta syarikat, setiausaha membantu melancarkan operasi syarikat, setiausaha juga yang memberi anggapan pertama kepada sesiapa yang berurusan dengan majikan atau syarikatnya. Bukan calang-calang peranan setiausaha dan kerana itu, dunia mengiktiraf kerjaya ini. Rata-rata, di mana-mana meraikan hari atau minggu setiausaha.

Tapi, bukan mudah untuk bergelar setiausaha. Tanggapan buruk masyarakat mengenai kerjaya ini masih menebal. Kalau si majikannya lelaki, tak senang duduklah si isteri bila dapat tahu suami ada setiausaha. Tengok pula setiausaha cun melecun, bergetah...haiiii...mahu goyah jugalah keyakinan pada kesetiaan suami, tak kiralah betapa `lurusnya’ si setiausaha ini.

Pada TT ni semua gara-gara cerita-cerita terpinggir mengenai salah laku setiausaha dan majikan, yang dibesar-besarkan, diheboh-hebohkan. Majikan ada affair dengan setiausaha, setiausaha kena `layan’ rakan-rakan boss dan macam-macam lagi lah.

Apa pun kerjaya, ada sajalah yang buat kerja tak betul. Tak payah kata setiausaha, pengarah, ketua pengarah, guru, malah polis dan orang politik pun ada juga yang tak betulnya. Pucuk pangkalnya individu itu sendiri.

TT tahu, yang dia orang beria-ia sangat mengata setiausaha ni, bukan pasal kisah-kisah tak elok tu, tapi disebabkan majoriti setiausaha ini perempuan! Cuba lelaki, tak adanya dia orang nak besar-besarkan cerita macam ni.

Ramai je kawan TT yang jadi setiausaha. Elok je, tak ada cacat celanya mereka. Cun, jangan cakaplah, memang lawa-lawa, penampilan menarik dan personaliti juga memikat. Lebih penting, mereka ni tahu jaga diri. Bila orang dah lawa, seksi, biasalah kan, yang mengganggu punyalah ramai tapi dia orang ni tahu bawa diri, pandai jaga diri dan bijak menepis dugaan. godaan yang datang daripada kaum satu lagi ni.

Kaum TT, yang bergelar isteri, yang punya suami ada setiausaha, nasihat TT, janganlah fikir bukan-bukan pada kaum sendiri. Daripada nak membabi buta buruk sangka pada kaum sendiri ni, baik tengok betul-betul suami sendiri. Siapa kacau siapa...

Macam peragawati, pramugari, kriteria kerjaya menetapkan mereka perlu cantik, menarik, cukup tingginya, lawa badannya. Itu syarat yang lumrah, umum sudah maklum. Begitu juga setiausaha. Macam TT tulis awal-awal tadi, mereka ini ibarat duta syarikat. Jadi, dah tentu-tentu, duta ini perlu melambangkan yang baik-baik dan menarik mengenai syarikat.

Yang menyebabkan mereka ini sering disalah anggap, siapa lagi. Lelakilah. Macam kawan TT tu, nak cari setiausaha. Bila TT tanya apa kriteria yang dia mahu, maksud TT kelayakan akademiknya, pengalamannya, dia kata...”Oooohhh..itu semua tak perlu. Yang penting, tak tinggi pendidikannya dan rendah moralnya!” Mottif??? (xy@bharian.com.my)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...