Jumaat, 23 November 2012

Allah beri REZEKI dari sampah, tapi tak tinggal SOLAT


From: Rozmal bin Malakan <rozmal@yahoo.com>
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Sent: Monday, November 5, 2012 2:40 PM
Subject: [sim] CATATAN : Allah beri rezeki dari sampah, tapi tak tinggal solat


Tempat kerja saya giat mengadakan program dan kempen kitar semula. Saya kata kepada rakan sekerja saya bahawa ada orang cari rezeki dengan mengutip sampah boleh dapat RM50 sehari. Rakan saya kata memang benar, bahkan boleh dapat lebih dari itu.

Rakan saya kata dia ada kenal satu keluarga adik beradik sejak sekian lama yang mencari rezeki dengan mengutip bahan buangan di tepi-tepi jalan sekitar Seremban. Mereka ni tidak berkahwin dan tinggal di pondok dalam kawasan kuil (bukan masjid atau balairaya).

Yang abang akan bawa kereta sorong pusing keliling Seremban cari sampah, yang abang akan pusing juga keliling Seremban bawa basikal buruk cari sampah. Mereka ini tidak tahu mengira, menulis dan membaca. Apabila mereka jual bahan kitar semula yang dari sampah ini ke pusat pengumpulan, taukeh akan beri mereka duit. Disebabkan mereka tidak tahu mengira, mereka terima saja apa yang dapat.

Setiap hari mereka akan pergi ke bank untuk memasukkan duit ke dalam akaun. Disebabkan mereka tidak tahu mengira, menulis dan membaca, kerani bank akan tolong isikan borang dan sebagainya. Setiap hari mereka hanya masukkan duit tapi tidak mengeluarkan duit.

Mereka hidup ala kadar, makan ala kadar, tidak pernah meminta bantuan mana-mana pihak, tidak pernah mengadu, kerana mereka reda dengan kehidupan mereka. Mereka juga tidak pernah meninggalkan solat. Kalau ke mana-mana mereka dalam perjalanan kutip sampah, mereka akan solat tepi jalan.

Yang abang pula hari-hari akan berjalan kaki ke sebuah taman perumahan yang berhampiran (yang agak jauh juga) untuk solat apabila selesai bekerja.

Memang kagum. Tidak ada ijazah, tidak tahu membaca, menulis, mengira tapi Allah berikan mereka rezeki yang halal. Tidak risau langsung pasal hutang. Yang penting mereka tidak tinggal solat walaupun tinggal di kawasan kuil.

Sungguh hebat apa yang diceritakan oleh rakan saya tadi. InsyaAllah saya akan cuba mencari keluarga ini untuk mengambil pengajaran dan iktibar.

Kawan saya kata, mereka ini boleh dikatakan dari golongan orang yang lurus bendul (naif), serta orang yang mulut mereka masin apabila ditanya keadaan mereka kepada seorang ulama.



*********************************************************


From: SuriJunita <surijunita72@yahoo.com>
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, November 6, 2012 10:50 AM
Subject: Re: [sim] CATATAN : Allah beri rezeki dari sampah, tapi tak tinggal solat

Jika tak salah saya keluarga ni ada di Jalan Pantai sebelah kanan sebelum kilang koko dari arah seremban, jika dari highway LEKAS selepas kilang koko. Memang keluarga ni miskin dan rumah bantuan dari kerajaan satu ketika dulu pun pernah ditipu oleh pihak tak bertanggungjawab. Memang kerja mereka mengutip sampah setiap hari, tapi apabila waktu solat mereka akan berhenti dan mengerjakan solat. Rumah mereka terletak bersebelahan kuil haram yang dibina di bawah pencawang TNB, di sini jika ada kesempatan bolehlah teman2 dari SIM datang menziarahi mereka, jangan tersinggung dengan bahasa mereka dan jangan menyinggung perasaan mereka. Ini salah satu keluarga miskin yang kita boleh salurkan terus bantuan yang sepatutnya, cuma hati-hati sikit kerana keluarga ni ada orang yang tak bertanggungjawab yang pandai mengambil kesempatan diatas kekurangan mereka ini. Seeloknya ziarahlah dahulu penilaian anda yang tentukan kemudian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...